MALAYBASIC

Malaybasic adalah bahasa pengaturcaraan pertama menggunakan Bahasa Malaysia. Ianya dibuat berkonsepkan bahasa pengaturcaraan BASIC (Beginner's All-purpose Symbolic Instruction Code). Bahasa pengaturcaraan BASIC adalah bahasa yang sangat baik untuk mempelajari pengaturcaraan. BASIC membolehkan pelbagai aplikasi dibuat dan sintaks yang mudah untuk dipelajari.

Malaybasic adalah aplikasi Desktop Windows dan boleh menghasilkan EXE atau HTML. Malaybasic dapat mencipta pelbagai jenis aplikasi 2D Game dengan pantas. Ia menampilkan konstruk klasik BASIC seperti 'IF' dan 'THEN', dan juga mempunyai pengaruh moden seperti 'fungsi' dan 'objek' didalam gaya bahasa pengaturcaraan C. Selain itu, banyak arahan Malaybasic mempunyai fungsi dalaman tersendiri untuk membantu anda dalam merealisasikan reka bentuk Game.

Contoh bahasa pengaturcaraan Malaybasic:

Muatturun Malaybasic: Malaybasic.zip Tutorial Malaybasic di Youtube

Unzip fail tersebut ke Desktop anda atau mana-mana lokasi yang anda mahu. Di cadangkan bukan dalam C drive. Jika anda dalam Windows 10, sesetengah lokasi seperti C drive memerlukan administrator mode. Dicadangkan D:\Malaybasic\

Dokumentasi online disini

Terma & Syarat: Malaybasic adalah projek sambilan dan hobi saya sahaja. Gunakan sebagaimana adanya. Saya TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan (atau kerugian) yang terhasil oleh aplikasi Malaybasic