Malaybasic adalah bahasa pengaturcaraan menggunakan Bahasa Malaysia. Ianya dibuat berdasarkan bahasa pengaturcaraan lama BASIC (Beginner's All-purpose Symbolic Instruction Code). Bahasa pengaturcaraan BASIC adalah bahasa yang sangat baik untuk mempelajari pengaturcaraan. Ianya mudah dan menyeronokkan kerana boleh membuat game dan aplikasi multimedia.
Malaybasic membolehkan pelbagai aplikasi dibuat (terutama aplikasi 2D Game) dan sintaknya yang mudah untuk dipelajari. Ianya adalah aplikasi Windows dan boleh menghasilkan EXE atau HTML. Ia menampilkan konstruk klasik BASIC seperti 'IF' dan 'THEN', dan juga mempunyai pengaruh moden seperti 'fungsi' dan 'objek' didalam gaya bahasa pengaturcaraan seperti C. Selain itu, banyak arahan Malaybasic mempunyai fungsi dalaman tersendiri untuk membantu anda dalam merealisasikan rekabentuk Game anda.
Contoh bahasa pengaturcaraan Malaybasic:
Muatturun Malaybasic disini: Malaybasic_32bit.zip
Unzip fail tersebut ke Desktop anda atau mana-mana lokasi yang anda mahu. Bagi Windows 10 di cadangkan bukan dalam C drive kerana selalu memerlukan administrator. Jika anda hanya ada C drive, dicadangkan letak di C:\Users\Public\Malaybasic\
Pelajari Malaybasic melalui Tutorial Malaybasic di YoutubeDokumentasi online disini
Penyediaan
Arah
|
Gelung
|
Grafik
|
Gambar
|
Bunyi
|
Masa
Matematik
|
Aksara
Interaksi
|
Store
Senarai
|
Lain-lain
|
---|
Cakrawala |
Pong |
---|---|
Snake |
Tetris |
Buah |
Flappy |
Muatturun Malaybasic disini: Malaybasic_32bit.zip
Unzip fail tersebut ke Desktop anda atau mana-mana lokasi yang anda mahu. Bagi Windows 10 di cadangkan bukan dalam C drive kerana selalu memerlukan administrator. Jika anda hanya ada C drive, dicadangkan letak di C:\Users\Public\Malaybasic\
Terma & Syarat: Malaybasic adalah projek sambilan dan hobi saya sahaja. Gunakan sebagaimana adanya. Saya TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan (atau kerugian) yang terhasil oleh aplikasi Malaybasic