SFPS

SFPS#()


Kembali

Arahan ini mengembalikan nilai sekala FPS

Penerangan

Apabila anda menyatakan FPS ( frame per second ) untuk game anda, computer akan cuba untuk mendapatkan seperti yang anda mahu semasa anda gunakan arahan aplikasi . Namun kadang-kala untuk komputer yang perlahan, FPS tidak dapat dicapai atau jatuh kepada separuh.

Nilai SFPS() adalah nilai yang dikira berpandukan kepada fomula FPS yang diingini dibahagi FPS sekarang. Nilainya ini boleh anda gunakan untuk melajukan unit kelajuan game anda. Misalnya

KEDUDUKAN=KEDUDUKAN+(KELAJUAN*SFPS())

SFPS() ini adalah umpama unit kepada kelajuan. Anda biasanya perlu menkali segala pergerakan dengan SFPS() terkini. Dengan penggunaan SFPS() game anda akan mempunyai kelajuan yang hampir sama pada semua keadaan.

Contoh:
Aplikasi "",800,600,60
TunjukFPS
obj=SediaGambar("_guard1.png")
senarai kumpulan pos(x,y,sx,sy)
dari k=1 ke 2000
     a@pos=cipta(pos)
     a.x=Rawak(LebarSkrin())
     a.y=Rawak(TinggiSkrin())
     a.sx=1
     a.sy=1
lagi
paksi obj, lebar(obj)/2 , Tinggi(obj)/2
fungsi GelungUtama()
     CuciSkrin()
     untuk setiap pos
          pos.x=pos.x+(pos.sx*SFPS())
          jika pos.x>LebarSkrin() atau pos.x<0 maka pos.sx=-pos.sx
          pos.y=pos.y+(pos.sy*SFPS())
          jika pos.y>TinggiSkrin() atau pos.y<0 maka pos.sy=-pos.sy
          gambar(obj,pos.x,pos.y)
     lagi
     tulis "Nilai SFPS: "+SFPS(),20,40
tamat

Lihat juga: aplikasi